CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 27, 2008

Cinta dan Kasih



Perkahwinan melambangkan sesuatu yang murni, terjalinya ikatan diantara mereka yang bercinta itu adalah sesuatu yang membahagiakan bagi mereka, mahligai yang di bina berdasarkan rasa cinta, di harapkan berkekalan hingga ke akhir usia.

Terima kasih kami ucapankan kepada saudari dan saudara kerana sudi singgah di blog kami yang di beri nama cinta dan kasih. 
Kami di sini sentiasa berharap agar anda dapat meluangkan masa untuk mengunjungi blog kami lagi.

Disini anda boleh meluahkan perasaan cinta anda kepada seseorang, berkongsi kisah cinta anda, meminta pendapat, berkenalan dan banyak lagi.

Jika anda mempunyai masaalah dalam percintaan anda sila type kan masaalah anda di kotak biru dan kami sedia membantu, sesiapa yang ingin membantu juga di persilakan.






MADAH CINTA SATU HARAPAN 

Wahai….sayang ku! 
Adakah engkau mendengar suara ku ini? 
Adakah engkau mendengar keluhan hati ku ini? 
Adakah engkau mendengar jeritan jiwaku ini...? 
Sedangkan engkau jauh dari ku… 
Jauh dirantauan orang…! 

Wahai….manis ku! 
Apa yang harus ku katakkan pada mu? 
Ketika engkau tiada disisi ku 
Seribu kerinduan telah membakar diri ku 
Seribu penyesalan telah melanda diri ku 
Seribu kenangan menyerang diri ku..! 
Tanpa mu 
Siapalah aku..! 

Wahai…sayang ku! 
Tahukah engkau… 
Betapa diriku ini 
Sentiasa gelisah menanti kepulangan mu 
Betapa diriku ini 
Sentiasa terbayang senyuman manis mu 
Betapa hatiku ini 
Merasa kekosongan tanpa kehadiran mu 
Betapa diriku ini 
Merayu mengharap kepulangan mu! 

Wahai ….sayang ku! 
Maafkan daku… 
Wahai…sayang ku! 
Kembalilah kepada ku..! 

By Cin ta